|
Hari Isnin, Lynn Dayana telefon saya, menjerit kesukaan. Baby aku dah keluar! Saya turut sama teruja! Rasa nak menangis pun ada. Macam mana gembiranya saya masa Pelabuhan Kasih dan Atas Nama Cinta berada di pasaran, begitulah gembiranya saya masa dapat berita tu daripada Lynn. Kalaulah saya ada kemudahan, mesti saya terus ke Shah Alam. Hahaha macam novel saya pulak yang keluar, over betul! Tahniah Lynn!! Semoga terus sukses! Kepada peminat novel seluruh dunia, dapatkan Hak Cinta Terpelihara yang masih panas dari kilang ni, nanti lambat2 menyosal!
Antara mereka pengikatnya adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah! Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia. Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kepada Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu? Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindungan. Akan adakah hati yang terusik? Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda? Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan? Qartini - Cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian. Namun, jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah…Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan. Selamat membaca semua!
|
| iearnmoneyhelper January 25, 2008 10:08 AM PST Hello friend, You create a nice blog... my blog..http://iearnmoneyhelper.blogspot.com/ Thanks for the comment in my blog. http://iearnmoneyhelper.blogspot.com/do ya want to have some adsense tips? come to my site and take something helpful for ya free!!! Contact me.. I will show how to earn money with your blog.. I have some easy ideas... my mail is kannan.smix@gmail.com. I am earning more than 500$ per month. have a nice day | ||
| Leave a Comment: |