Entry: Jodoh Yang Tak Kesampaian Jan 11, 2008



Minggu lepas saya terbaca di akbar, seorang suami dan bakal isterinya serta beberapa ahli keluarga dari belah bakal isteri menemui ajal dalam satu kemalangan jalanraya ketika di dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka. Malangnya perkahwinan mereka itu diadakan secara sorok-sorok tanpa pengetahuan isteri tua.

Si lelaki sudah mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak. Bakal isteri barunya seorang janda anak satu. HAti saya tersayat ketika membaca berita ini. Saya memegang status seorang isteri kepada lelaki lain sudah naik angin, marah tahap gaban inikan pula isterinya yang sah. Bagaimana perasaan dia ye? Marah? Sedih? Geram?

Airmatanya mengalir hari itu mungkin kerana kematian suami tercinta tetapi mungkin kerana hatinya terluka. Bagaimana dia harus menempuh hari-hari mendatang dengan pelbagai persoalan yang tidak mungkin akan ada jawapannya.

Kenapa ye? Lelaki sanggup buat begitu. Kenapa ye ada lelaki tergamak mencari lain sedangkan selama ini hidup susah dengan isteri pertama, bila senang, mulalah terasa ingin memberi kesenangan itu kepada orang lain. Si isteri telah berkali-kali hampir putus nyawa melahirkan zuriat dia, waris dia, malah itulah hartanya yang kekal yang bakal memberi dia kesenangan di akhirat kelak, insyaallah tetapi sayangnya pengorbanan itu hanya sia-sia.

Saya pernah berjumpa seseorang yang juga hidup bermadu. Dia dimadukan suaminya, juga kahwin secara rahsia. Malah lebih tragis dia mengenali madunya, sangat rapat. Asalnya, mereka bersimpati dan membantu si madu yang kononnya selalu didera suami, dan kesudahannya, dia pula didera secara emosi tanpa sedar.

kata dia, "akak kesiankan dia, akak tolong dia, nak beras, ambik aje kat rumah akak, ambik aje apa yang dia nak, akak tak kisah."

kata saya,"Bukan takat barang aje dia ambik ye kak? dengan suami akak sekali dia angkut." (Hush! Mulut saya tak de insuran sungguh!)

Apa yang dah jadi tu, jadilah, redha. Tapi sayangnya, si suami hanya tertumpu kepada isteri mudanya sahaja. Sudah jarang-jarang balik kerumah isteri tua.

Apa niat sebenar si suami ketika dia berkahwin baru? Ingin membantu? Cinta? Simpati?

Kalau benar ingin membantu kenapa sampai lupakan isteri tua? Kalu benar simpati kenapa sampai lupa diri?

Dan apa pula perasaan isteri muda itu sendiri? Dapat gading bertuah hingga lupa kenangan pahit selama ni? Mungkin juga dia fikir, dia sudah cukup menderita, skrg masa dia berbahagia jadi dia biarkan orang lain sengsara pula?

Wallahhualam...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments