@@ t.e.r.a.t.a.k. l.i.l.y. s.u.r.i.a.n.i. @@ www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws




@ s.e.l.a.m.a.t. d.a.t.a.n.g. k.e. t.e.r.a.t.a.k. l.i.l.y. s.u.r.i.a.n.i. @


<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

   

# H.E.L.L.O...... #

Name :
Web URL :
Message :



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Nov 22, 2007
Jalan-Jalan Cari Makan

Semalam,masa baca N3 kat blog Lynn, hati saya teruja. Lynn,Rose dan Laila akan berjumpa untuk acara makan-makan untuk merayakan Hari jadi Lynn.

Nak ikut ke tak nak. Hati berbelah bagi sebab Aqil dan Alya tengah demam. Saya called baby sitter, dia kata Alya ok. Tak panas dan tak merengek. Saya called hubby tanya balik pukul brp, dia kata lambat, dalam pukul 9. Saya pun apalagi, dari duduk melangut kat ofis tunggu dia, baik saya pergi berpoya-poya hehehehe.

Dari ofis saya, saya naik teksi ke ofis Lynn dan atas sebab2 teknikal, h/p saya tak dapat guna. Saya dah pesan kat Lynn, 6.30 call saya tapi 6.05 saya dah sampai ofis dia. Saya main redah aje cari dia kat ofis Pizza Hut, tanya semua orang, macam si Lynn tu glamour sangat.Huhuhu jenuh saya promosi dia, ala Roslinda yang yang pergi Hongkong hari tu! huahahaha

Dari ofis Lynn kami pergi ambik Rose. Perempuan melayu terakhir ni, dah kurus bangat! Banyak sangat makan gulai ketam dengan gulai ikan agaknya sampai jadi kurus macam tu ye? Huahahaha

Sampai di Equine Park, kami terus ke Kenny Rogers. Order2 makanan sambil tunggu Laila. WEi laila, nasib baik kita order sebelum kau sampai, sebabnya lepas tu ayam dah habis.

Masa tengah bergelak ketawa tu, saya dapat mesej dari Kak Aida. Sorry kak, tak dpt bls mesej akak, ada kesilapan teknikal. Lynn nak tolong balaskan tapi phone dia kena bar lagi. Huh, mengamuk sakan birthday girl, mana taknya dah bayar pun dapat gangguan jugak.

Sampai rumah penuh telinga saya dengar report. Anak komplen ayah, ayah komplen anak. Lepas tu masing-masing nak tunjuk baik, Kata ayah, "Tadi ayah basuh berak alya. Anak-anak bising tadi, Alya nak tidur tak boleh." Kata anak2 pulak. "Kita orang tidurkan Alya, ayah buat derk je." Amboi....masing-masing bukan main lagi melobi diri sendiri.

Apa-apa pun saya enjoy. Seronok berjumpa kawan-kawan. Terima kasih kerana menceriakan hidup saya. Happy birthday Lynn! Harap2 ko happy malam tadi. Thank u lela, sebab hantar saya balik sampai depan pagar. Thank u Rose sebab...nanti aku bank in ye! huahahaha

Oleh kerana saya menghadirkan diri atas status bidan terjun, jadi hadiah utk bday girl terpaksa dibawa dilain hari. :P

                                       Lynn tgh membebel kat org celcom

       Bukan main lagi bday girl,senyum meleret! Rose yang overdose gulai ketam.

                                             

                                                Sesi luahan perasaan.

      Semoga ada lagi pertemuan selepas ini. Muka Laila yang dah tak zombi lagi!

**gambar2 diatas, saya rompak dari blog Rose dan Laila.


lily suriani @ 08:27 am
Make a comment  

Nov 20, 2007
Mencari Bahagia

Semua orang mencari bahagia mereka yang tersendiri. Ada ke cara-cara tertentu untuk mencari bahagia tu? Ada ke jalan khas untuk itu?

Lynn, mencari bahagia yang diimpikannya. Rose juga mencari bahagia yang diidamkannya. Saya? Saya juga sedang mencari bahagia saya. Di mana ye? Dan apa maksud sebenarnya bahagia ini ye?

Tidak bahagiakah kami? Bahagia!!!! Bahagia bila masanya bahagia dan tak bahagia bila masanya tak bahagia.

Hari ni, dalam Harian Metro ada cerita pasal gas ketawa. Sesiapa yang mengambilnya akan ketawa terlebih dulu sebelum lalok. Masalahnya benar-benar bahagiakah mereka apabila mereka ketawa dalam keadaan macam tu?

Lynn, Rose dan saya, tak sedut gas ketawa tu pun, buka mulut aje atau baca sms aje dah ketawa tak hengat, kalau sedut gas tu, tak tahulah apa akan jadi. Mungkin ketawa sampai putus urat!

Lynn sekarang ni sedang berbahagia bersoping sakan, Rose pula baru mengecap nikmat bahagia dengan surat yang diterimanya. Saya pun sedang berbahagia ni, baru terima call si dia dah otw nak ambik saya. Bahagiakan? Dah boleh balik!

Hehehe jangan marah ye....berbahagialah anda semua yang membaca n3 saya yang merepek ni.

~~~~~~~~~

Happy birthday untuk Lynn Dayana (21 Nov). Semoga terus sukses. Semoga berjumpa dengan bahagia yang kau cari. Semoga hidup kau lebih cemerlang dan cemerlang dan cemerlang. Semoga kau terus kekal begini, umpama padi, makin berisi makin tunduk ke bumi. Sayang kau! MMuuaahhh!

 

 


lily suriani @ 05:35 pm
Comment (1)  

Al-Fatihah Untuk Bonda Tercinta

Hari ini genap 15 tahun mok pergi mengadap Ilahi. Sudah 15 tahun saya tidak merasa peluk cium dia.

Emak saya meninggal ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu cuti sekolah. Sejak saya tingkatan tiga lagi, keluar masuk hospital dah jadi perkara biasa pada mak dan sayalah yang akan menemaninya berkampung di hospital.

Emak saya cantik orangnya. Cewah, dah dia mak saya, sudah tentu dia sentiasa cantik dimata saya. Bagilah Miss World mana pun, saya tetap akan kata, mak saya lebih cantik dari mereka semua. Aci ke macam tu?

Mak sangat cerewet orangnya. Kalau makan nasi, nasi tak boleh melekat dijari, kalau ada kesan lauk atau nasi sememeh di jari mesti kena tegur. Kalau bercakap pulak tak boleh kuat-kuat, kena santun. Kalau berjalan, tak boleh berbunyi. Mak cukup marah kalau saya berjalan sampai bergegar rumah. Iyalah, dah rumah kayu, lantainya papan, macam mana tak berbunyi. Mak saya kata nanti mak mertua saya marah. Saya kata, nanti saya kawin dengan orang bandar yang rumahnya rumah batu, alhamdulillah, masin mulut saya. hehehe tapi kalau dah kedegaq tu kedegaq juga. Saya, mana ada santunnya. Kalau bercakap, sebatu boleh dengar.

Kata emak, orang buat kita tak apa, tapi kita, jangan sesekali buat orang. Pesan mak lagi, jangan benci orang. Sekali orang benci kita, sepuluh kali kita sayang kat orang tu. Sekali orang buat jahat dengan kita, sepuluh kali kita buat baik kat orang tu. Pesan mak tu, saya dengar. Saya ikut walaupun kadang2 saya rasa nak marah dan terpaksa aje. Yalah, saya tak boleh lawan balik orang yang buat kureng dengan saya sebab saya ingat pesan mak saya tu. Dan satu hari, kata-kata dia dah terbukti bila suatu hari Aqil kata, "Ibu, orang tu kan...bla bla bla. orang tu tak macam ibu, Ibu sabar je. Ibu diam je. Abang sayang ibu." Dia peluk saya kuat2 masa tu. Cara dia seolah-olah dia berbangga sungguh ada ibu macam saya.(Perasannya saya!) Saya rasa macam nak melayang bila budak yang baru 7 tahun bagi penghargaan macam tu. Barulah saya tahu, cakap mak saya tu betul. Dengar cakap mak, ikut pesan mak, menjadikan saya cukup agung dimata anak saya. Anugerah yang terlalu bermakna dan berharga yang tidak boleh didapati atau dibeli di mana-mana.

Masa saya darjah enam, sekolah saya adakan kelas tambahan utk budak2 yang ambik UPSR. Kelas tu dipecahkan dua bahagian, satu kelas untuk budak2 elit (yg dijangka dapat 5A) dan yang selebihnya kelas intensif. Saya, cikgu letakkan dalam kelas yang selebihnya tu lah. Saya menangis masa tu sebab saya kata kat mak, saya bukannya bodoh. Mak saya senyum je. Dia kata, "mak tahu." Yang sedihnya masa tu, kawan baik sendiri pulaukan saya, jauhkan diri dari saya, bila saya mengadu, mak kata," Tak pe, biarlah...."

Hari keputusan keluar, saya terkejut dengan apa yang saya dapat. Ada sorang cikgu tu kata,"Tak sangka awak dapat 5A. Kena buat pulut kuning ni." Balik rumah, dari jauh lagi saya jerit terpekik2 panggil mak saya. Saya kayuh basikal laju2. Mak saya senyum aje tunggu kat tangga. Tak tahulah sengaja tunggu atau baru lepas habis ajar mengaji. Saya tongkat basikal, berlari naik tangga, saya peluk dia kuat2. Mak? seperti biasa, senyum aje. Dia kata, "Mak tahu, dari dulu lagi mak tahu." saya sampaikan juga pesanan cikgu tu, mak saya kata,"buat apa. dia yang kena buat pulut kuning, bukan mak."

Masa saya tingkatan 4, saya sering sakit-sakit. Sekejap kena bisul, sekejap kena chicken pox. Nasib baik ada mak, kalau tak, tak tahulah saya macam mana.

SAtu kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Masa tu (ting 4) saya sibuk ganti puasa. Biasanya mak cuma kejutkan untuk sahur dan saya akan makan sorang2. Malas punya pasal, biasanya saya tak panaskan lauk atau nasi tu. Makan aje apa yang ada. Kawan baik saya selalu cerita, mak dia akan masak itu,ini. Balik sekolah, saya cerita kat dia, malam tadi, T sahur dengan nasi goreng. Best kan? saya bercerita tanpa niat apa2. Esoknya mak kejut sahur macam biasa, dengan sememeh saya bangun macam biasa, tengok2 ada sepinggan nasi goreng atas meja. Terkejutnya saya. Saya makan dengan suka hati, rasa bersalah, terharu dan macam2. Esoknya, mak demam, sesak nafas. Uwaaa....sebab saya, mak tanggung sakit. mak memang tak boleh buat kerja langsung sebenarnya. Sejak tu, saya tak berani lagi cerita apa-apa. Kesannya, sekarang, kalau anak2 saya nak apa-apa,saya akan usahakan. Saya akan susah hati kalau permintaan anak-anak tak dapat saya tunaikan. Mak boleh tahan sakit untuk saya, inikan pula saya yang masih sihat lagi ni.

Saya rindukan mak. Rindu yang tak akan ter urai sampai bila-bila. Saya nak sangat menangis depan mak, bercerita segala macam benda yang terbuku di hati. Saya jeles sangat2 bila dengar orang sebaya saya atau lebih tua dari saya masih ada mak, masih boleh bercerita dengan mak mereka.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa mak. Tempatkan lah dia dikalangan orang-orang mukmin,bertakwa dan beriman. Jauhkanlah dia dari seksa kubur dan azab neraka. Amin ya Rabbal alamin..."

Al-Fatihah!

 

 

 


lily suriani @ 11:02 am
Comment (1)  

Nov 15, 2007
Pengawas Sekolah

Semalam, Aqil bawak balik surat perlantikan pengawas sekolah. sukanya dia....dan saya pun tumpang gembira dengan debaran di dada.

Awal tahun 2007, sesi persekolahan baru aje dua minggu buka, Aqil balik dari sekolah agama, mengadu selalu kena pukul dengan sorang budak ni. Beg sekolah pun boleh koyak, budak ni tarik. Geram juga saya mendengarnya. Dalam duk marah2 kat budak tu, dia kata dia nak jadi pengawas. Saya tanya untuk apa? (sebab masa dia darjah 1, bdk darjah 6 kata, jadi pengawas selalu boleh pergi rombongan.) Dia kata, kalau dia jadi pengawas, nanti kat sekolah senang dia marahkan budak tu. Boleh tunjuk kuasa dia. Sibuk dia suruh saya pergi jumpa cikgu dia. Saya kata, kalau macam tu, kalau abang nak sangat, abang sendiri yang pergi jumpa. Tak sangka-sangka, dia pergi jumpa cikgu cakap nak jadi pengawas. Terkejut gila saya, mana taknya dia memang pengecut orangnya. Kalau pergi mana-mana, pergi makan misalnya, suruh dia mintak sos atau apa2, dia akan heret adik sekali. Yang mintak, si adik, dia akan duduk belakang adik dia. Kata kawan saya, maknanya tu dah kronik tu, dia tak tahan sangat dengan budak tu.

Baru-baru ni, dia kena tumbuk kat bahagian mata. Tangan kena gigit tu perkara biasa. Lebam sana, lebam sini. Hari tu dia cakap ustazah dia kata " A, saya dah tak larat dah, tak tahu nak buat apa dengan awak ni."  Kawan saya kata, saya patut jumpa cikgu n parents budak tu. Tapi saya malas nak panjangkan cerita, hal budak-budak. saya selidik jugak dengan budak2 lain, manalah tahu kot2 Aqil yang suka cari pasal, tapi bila saya tanya, macam berteh jagung kawan dia cerita, rupanya mereka pun kena juga tapi Aqil yang paling teruk. tak tahu apasal, mungkin sebab Aqil berbadan besar, kawan-kawan selalu berlindung di blkng dia.

Sebelum raya hari tu, dia cakap nama dia naik untuk jadi pengawas tahun depan. Katanya, kawan nampak dalam buku cikgu disiplin. Setiap hari, dia semakin bersemangat untuk ke sekolah, nak tunggu surat tawaran sebab saya kata selagi surat tak keluar,jangan percaya.

Dan semalam, penantian dia dah berakhir dah. i'm happy for him. Saya pesan sungguh2 dengan Aqil, jadi pengawas kena hati-hati. Nak tegur orang kena berlapik, jangan main sergah aje. Kata ayahnya pula, Aqil kena berani dan tegas.

Saya takut juga, sebab budak sekarang garang-garang. Salah sikit sepak, kalau berkumpulan lagilah. naik sheh, sampai patah riuk jadinya. Baik lelaki, baik perempuan, sepak terajang dah jadi perkara biasa.

Mudah-mudahan Aqil jujur dgn tanggungjawab barunya. Mintak dijauhkan dari menyalahguna kuasa. Mudah-mudahan tanggungjawab baru ini menjadikan dia lebih berdisiplin, semakin bersemangat hendak belajar dan yang utama menjadikan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam semua hal. Tahniah sayang!


lily suriani @ 12:11 pm
Make a comment  

Nov 14, 2007
Nasi Lemak

Sedapnya!... Saya memang gila nasi lemak. Setiap pagi saya makan nasi lemak. Bahaya kan? Mesti dah berlapis-lapis kolestrol kat jantung saya ni. Minggu lepas, penuh nekad dan azam, saya berjaya menyahkan nasi lemak dalam hidup saya, cayalah!

Pergilah kemana-mana pun, kalau kat menu tu ada tertulis nasi lemak, saya tetap akan pilih nasi lemak. Pergi makan kat Dome pun saya makan nasi lemak. Tapi kalau saya dah nampak sambal dia semacam, macam tak sedap je, takdelah saya menyerahkan diri saya nak makan juga nasi lemak tu. Masa bersalin hari tu, baru je seminggu berpantang, saya dah teringin nak makan nasi lemak. Masa anak saya makan nasi lemak daun pisang, saya bodek2 sikit, dapatlah sesudu. Itupun cepat2 Aqil bawak lari pinggan dia.

Budak2 kat ofis juga tahu pasal ni sampai saya digelar hantu nasi lemak. Dan perangai saya yang ni diturunkan kepada Aqil. Dia pun macam saya. Hari tu, ada gerai baru yang jual nasi lemak kat kawasan rumah saya, saya cuak aje nak beli tapi tiba2 balik kerja Aqil dah buat promosi. Esoknya, hari Sabtu, dia bangun pagi2 sebab nak pergi beli nasi lemak nak bagi saya rasa. Biasanya kalau dia kata nasi lemak tu sedap, saya percaya sebabnya citarasa kami sama.

Tapi saya jarang makan nasi lemak di kedai mamak kecuali kalau yang dah dibungkus dengan daun pisang. Ada satu hari tu, kami anak beranak breakfast di kedai mamak, saya sengaja cuba order nasi lemak, Aqil order roti telur. Dia boleh gelakkan saya, katanya nanti nasi lemak saya mesti tak best, jangan nak tukar2 dengan dia nanti. Asalnya cuma dia nak rasa sikit je sebab tak tahan tengok saya makan dengan penuh perasaan tapi alih2 dia yang habiskan. Geram tak sudah saya dengan dia. Nak order lagi, nanti roti telur tu tak ada yang nak makan.

Kalau sapa2 singgah di rumah saya pada pagi sabtu atau ahad, pasti menu breakfast kami nasi lemak. Saya akan masak benda lain kalau stok santan atau bilis tak ada.

Kenapa ya, makanan yang best selalunya membahayakan?


lily suriani @ 04:19 pm
Make a comment  

Nov 13, 2007
Cinta

Dalam hati ada cinta...indah terasa. Bagaikan dunia ini kita yang punya. Dalam hati bagaikan ada rama-rama yang sedang mengibas manja, nyaman terasa. Tapi...bila hati sudah terluka, cinta hilang entah ke mana. Terasa dunia bagaikan gelap gelita, rasanya lebih baik mati sahaja....itulah penangan cinta. Hanya C.I.N.T.A tapi mampu mengubah semuanya.

Bila saya mengenal erti cinta ya? emm mungkin masa sekolah rendah kot. Opss rasa saya itu bukan cinta, itu cuma suka. Saya sekelas dengan budak ni dari darjah 1-6. Kami agak rapat. Masa hari akhir darjah 6, saya bagi dia gambar saya konvo masa tadika. Mengong kan? Dah itu aje gambar yang ada. Bila ingat2 balik, malunya rasa. Lepas habis sekolah, saya dah jumpa dia lagi hinggalah kami buat reunion masa tingkatan tiga. Dia yang bukak mulut dulu pasal gambar tu. Dia kata, dia masih lagi simpan gambar tu dan dia suka tengok gambar tu. Mengong! Saya minta balik, dia gelak aje. Saya kata, saya ganti gambar lain, dia tak nak. Dia kata gambar tu cute. Saya pujuk lagi, saya nak gambar tu buat kenangan, dia kata, tak pe, dia tolong simpankan huhuhu tapi sejak itu saya tak pernah dengar cerita pasal dia lagi.

Masa masuk sekolah menengah, saya suka tengok mamat ni. Dia cool sangat2 tapi sayangnya dah ada girlfriend. Kemudian perasaan suka saya beralih arah lagi. Masa ni saya dah tingkatan dua dan budak tu, budak baru sekolah saya. Senior dua tahun. Saya sedar kewujudan dia masa saya duty jaga pintu library. Saya librarian masa tu. Bestnya...tiap kali duty, saya akan mintak jaga pintu, walaupun penat berdiri dan panas, tak apa, sebabnya boleh cuci mata hahaha. Hari hati saya dipanah arjuna tu, si dia tak pakai name tag, jadi saya tahanlah. Rupanya dia budak baru. kemudian adalah insiden2 yang berlaku membuatkan kami rapat. Seronok sangat masa tu, tiap-tiap petang waktu ke surau untuk sembahyang asar, pasti akan bertembung dengan dia yang akan ke gelanggang volleyball. Dari jauh dah nampak trek biru ada tanda putih di tepi paha. Masa ni mulalah bermain mata, lirik-lirik manja gitu huahahaha. Ya, kami rapat tapi bukannya bercinta sebabnya dia dah ada gf. Kalau org tanya, saya akan cakap dia abg saya. Kami terputus hubungan selepas saya tamat tingkatan 5. sehingga sekarang, saya tidak tahu dimana dia berada.

Wah..getiknya saya bercerita pasal kisah zaman dolu2. Bukannya apa, kalau dah bukan jodoh, suka macam mana pun, rapat macam mana pun, memahami macam mana pun, kalau kita bukan dari tulang rusuk dia, tak akan bersatu juga.

Dan ketika saya mengenali si dia, lutut bagai hilang dari tempatnya, jantung mengepam darah lebih laju dari biasa, dan kerana keperihatinannya memberi nota2 lama, bukan kerana rupanya, hati terpaut akhirnya. Inikah cinta? siang malam asyik terkenangkan dia? Diam tak diam, sudah 9 tahun saya menjadi isteri dia, sudah keluar 4, hasil usahasama bersama. Ada suka, ada duka. Ada pahit, ada manisnya.

 


lily suriani @ 04:29 pm
Comments (2)  

Nov 12, 2007
Masalah

Masalah...Rasanya semua orang bermasalah. Ada masalah rumahtangga, ada masalah hati dan perasaan, ada masalah kerja, masalah kewangan, macam-macamlah.

Kata kawan (A) saya, "Bukan kau sorang jer yang ada masalah, semua orang bermasalah cuma masalahnya tak sama."

Betul juga kata dia cuma bak kata Lynn Dayana, "langit orang lebih biru, rumput orang lebih hijau walaupun sebenarnya dah kuning tapi tetap nampak hijau."

Kata kawan (B) pula, "Sebenarnya masalah aku lagi berat dari kau tapi aku tak pernah cerita kat sapa2." Dan untuk pertama kalinya dia bla bla bla buka mulut. Letak telefon, saya berfikir panjang. Terkejut dan tak sangka bila mendengar ceritanya. Saya ingat dia bahagia dengan hidup barunya, walaupun kadang-kadang ada juga dia meluahkan rasa tidak puas hatinya, tapi biasalah benda-benda kecil aje. Timbang-timbang balik, saya jauh lebih beruntung dari dia.

Dua minggu lepas, sepupu saya telefon bagitahu boss dia terima surat mahkamah seksyen 47. Isteri dia minta cerai. Menggelabah bosnya cari lawyer dan bertanya tentang itu ini. Saya cukup bengang. Inilah nasib orang perempuan, umpama mentimun, diatas atau dibawah tetap akan terluka. Si suami tadi sudah pun beristeri dua dan tak cukup dengan itu, ada perempuan simpanan lagi. Isteri pertama tadi langsung tidak dihiraukan, dari segi nafkah zahir dan batin. Isteri pertama ada seorang anak angkat, tak boleh beranak lagi setelah kandungan pertamanya gugur disepak suami. Setelah bertahun bersabar dengan harapan sisuami berubah akhirnya si isteri menuntut cerai. Kata sepupu saya, kakak tu dah putus asa. Si suami tadi menggelabah bukannya sebab takut kehilangan isteri tetapi takut si isteri akan tuntut harta sepencarian, habislah harta-hartnya. Kejam sungguh dia. Pada saya, kalau dah tak suka lepaskan ajelah, manalah tahu kot-kot dia berjumpa dengan orang baru yang boleh dia menumpang kasih. Perceraian itu memang menyakitkan, memang pahit tetapi disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Manusia tidak menghargai apa yang ada di depan mata tetapi bila sesuatu yang selama ini yang menjadi miliknya yang selama ini tidak rasa dan sedar tentang kewujudannya tiba-tiba hilang, barulah nak sedar diri. Baru menggapai-gapai mencarinya kembali. Sebelum bercerai, hendak diajak berbincang pun tak boleh, Kalau hati dah tak suka, buat apa pun tak kena. Usahkan nak berbincang, nak dengar suara pun tak sudi, nak pandang pun terasa nak muntah tetapi bila dah berpisah, boleh pula duduk bercerita berjam-jam, reti pula bertanya khabar etc. Allah itu maha penyanyang. Menciptakan sesuatu bukan untuk menyusahkan hambanya. Semoga yang baik-baik dan manis-manis aje mengiringi langkah kakak tu lepas ni.

 

 


lily suriani @ 09:36 am
Make a comment  

Nov 7, 2007
Semalam Yang Macam-macam Ada!

Semalam, hari yang penuh indah...indah dengan acara makan-makannya dan juga dengan gelak ketawanya.

Pagi semalam, ketika suami sibuk bersiap hendak ke tempat kerja, saya masih lagi tercongok di tepi katil, masih lagi dalam suasana kekonfiusan sama ada hendak pergi ke tidak ke jamuan raya alaf. Kata suami, pergilah...bila lagi nak cucuk langit. Saya sengih aje, capai tuala kemudian terus ke bilik air. Kepala masih lagi ligat mencampur dan menolak samaada hendak pergi atau tidak, hati teringinnya pergi sebab inilah masanya nak jumpa kawan-kawan, apatah lagi Kak Aida dan Laila sudah mengoferkan diri untuk datang ambil, tapi akal masih ingat temujanji yg telah dibuat dan kerja2 yang perlu dibereskan. Dengan malas-malas, saya ikut suami pergi kerja tapi sebelum sempat kereta keluar dari kawasan perumahan suami saya tanya sekali lagi, "confirm ni? tak menyesal nanti?" Saya pandang dia, kemudian dia kata, "kalau nak patah balik sempat lagi ni." Sepantas kilat saya kata, "baliklah."

Seperti yang dijangka, bila jarum jam dekat2 pukul 10, telefon saya asyik berdering aje. cuak jugak sebenarnya. Bibik pun geleng kepala tengok saya yang berjoget2 setiap kali telefon saya berdering.

Tepat 10.30 pagi Laila sampai, borak2 kejap, update itu ini, pukul 11.30 kak Aida datang ambil kami. Bermulalah perjalanan kami ke alaf 21 dengan mulut kak Aida yang tak henti2 merungut lapar. Memang sah dia ni lapar sungguh, sampai aje di Alaf, lepas salam2 dia terus ke tempat makanan. Saya dan Laila masih lagi mengecohkan suasana. Ryana, jangan terperanjat tengok kami ye.

Baru aje nasi minyak nak masuk mulut, kak lily, wartawan yang tak ada insuran tu jerit dengan mulut yang senget2, dengan muka yang macam bagus2, "Lily, kak lina baru dua minggu menaip dah 25 (kalau tak silap) page!" huh..mengganggu gugat selera orang sungguh! Kak lina pun, bukan main lagi tersenyum2, bersengkokollah tu! huahaha (oi kak lily, semalam aku ambik laptop nak menaip,lepas tu anak aku nangis, bukan aku tak kotakan kata2 aku tau, tapi niatku terhalang, banyak gangguan! Err bukan salah aku ye!)

Lepas makan-makan, minum-minum, bergelak ketawa, bergosip dan mengusik Aleya dan Shanika, kami bergegas ke dalam bangunan alaf. Ada temubual  dan sesi bergambar dengan Utusan. Suka tengok kak Lina, penuh gaya dan outstanding. Acu, cuba, try test jgk nak ikut style kak Lina, seperti biasalah, wartawan tak ada insuran tu,"Dahlah...ko tu keras!" Ces! Baru belajar nak jadi anggun jelita macam tu. Lepas tu, baru ber ura-ura nak balik, kena tahan dengan kak wan lagi. Ada rakaman untuk RTM pulak. Fuh! untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup ada orang interview untuk masuk Tv tapi hampesnya tuhan aje yang tahu. Penyakit gagapku telah datang..uwaa..takpelah pengalaman. Tak sukanya!...kagum juga tengok kak lina n kak lily yang steady aje. Tunggulah, ada masa setahun untuk praktis ni...Dalam perjalanan balik, aku termenung aje dalam kereta, kak Aida yang banyak pot pet pot pet... dan pagi2 tadi, saya terima sms dari kak Aida yang buat saya rasa nak gelak golek2. semalam bukan main lagi dia mententeramkan saya, hari ni dia pulak yang jiwa kacau hahahaha.

Sampai rumah saya menung lagi sambil tunggu Laila datang untuk ambik saya. Kemudian, selepas siap segala urusan, kami melepak lagi, borak2 lagi, makan2 dan minum2 lagi, sampai nak termuntah rasanya. Thanks ye, sebab belanja aku semalam. Bercakap dengan Laila meninggalkan kesan kat jiwa saya. Aku suka bercakap dengan kau, lain kali kita lepak lagi ye!. 

Balik rumah, dah dekat2 pukul 9, saya call pulak abg long. Menyosal betul call abang long malam2, walaupun baru pukul 9, tapi suara....lain kali saya telefon tengah hari ye bang long! Hahahaa

Masa saya sibuk update cerita dengan suami, Aqil menyampuk,

Aqil: ibu, lela tu kawan ibu yang datang tadi tu ke?

saya: a'ah, kenapa?

Aqil: (dengan gelak2) muka cantik tapi nama lela. (start nyanyi penuh perasaan) Lela lela aspalela .....(Sebab Apek yang nyanyi lagu ni, mungkin sebab tu dia rasa tak sesuai utk laila yang ayu tu!)

Saya : eh, ibu aje yang panggil dia lela. nama dia laila lah. nama betul dia haslina. kan cantik nama dia tu!

Aqil: oooo

Laila, anak aku ni tak pernah puji perempuan cantik kecuali ibu dia, siti Nurhaliza pun kalah dengan aku tau! Satu penghargaan tu! Dan Laila! Aku tunggu buah tangan kau. Aku tahu kau boleh buat. Chaiyok!!

Banyak yang saya kutip semalam. Pengalaman baru, semangat baru dan bermacam2 lagi. Semalam, yang meninggalkan kesan yang pelbagai di hati saya.

Terima kasih banyak2 untuk:

kak Aida yang sudi datang ambik dan hantar.

untuk alaf 21 untuk majlis yang meriah dan penuh bermakna tu

untuk warga alaf yang peramah dan baik hati.

untuk kawan2 yang menceriakan hidup saya dan membuka minda saya.

untuk Kak Lily Haslina, terima kasih untuk Epilog cinta dan masam-masam manis. Tak sia2 aku beli marah2 sayang huhahahaha

dan TAHNIAH untuk:

Lynn Dayana atas cetakan ketiga JIKA BENAR CINTA. Doa kau termakbul.

Rose Harissa atas sesi temubual dengan Elly semalam, walaupun aku frust tak dapat jumpa kau semalam.

Kak Aida Adriani yang selamat menyerahkan manuskrip terbarunya. Sama-sama kita tunggu buah tangan terbarunya nanti.

dan untuk POKCIK MERSIK yang kini telah bergelar novelis juga. Dapatkan novel kanak-kanak pokcik yang bakal berada di pasaran tak lama lagi. Dol dan Leman (Betul ke?) kata pokcik, kalau jepun ada Doraemon, Malaysia ada Dol dan Leman. Klass tu ayat promosi dia...

dan untuk diri saya sendiri...cucuk langit, cucuk langit juga tapi input yang dapat, jangan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, lekatkan di kepala, sematkan di hati. CHAIYOK!! CHAIYOK!!!


lily suriani @ 08:46 am
Comments (2)  

Nov 5, 2007
Tahniah!

Tahniah untuk Lynn yang baru aje balik dari Hongkong. Akhirnya usaha yang tak kenal jemu memberi hasil yang cukup lumayan. tak sia-sia ko bangun pukul 3 pagi, masak yg best2 untuk mangga2 muda yang  manja...tahniah! tahniah!

psst: semalam aku pi warta,jumpa jantung pisang...bolehlah ko belikan untuk mangga muda ko yg mengidam hari tu...sebagai tanda penghargaan!

Tahniah juga untuk Rose. Sebelah kaki dah berada di tempat yang sepatutnya. Emm tunggu masa aje sebelah lagi nak join sekali. Aku tumpang gembira...

Aku betul2 bangga dengan korang! shabas inspektor sahab! HAHAHA


lily suriani @ 12:11 pm
Comments (2)  

Selsema Burung

Petang semalam, barulah saya boleh menarik nafas lega...apa taknya thumbdrive dan laptop saya kena serang virus. huhuhu...sejak tahu thumbdrive saya kena virus, hidup saya jadi huru hara, makan tak kenyang, tidur tak lena. Menung sana, menung sini. Hari-hari kepala saya berdenyut....tunggu masa nak meraung aje lagi.

Laptop saya yang kat rumah tu, saya tenung aje tiap-tiap malam, nak bukak takut. Rose kata, bukak aje, kalau boleh diselamatkan, save kat tempat lain cepat-cepat. Petang sabtu, dengan dada yang berdebar2, saya suruh hubby on kan laptop dan...uwaaaaa.....bila tekan aje file yang nak dibukak keluar notepad pasal selsema burung. Bila dah keluar benda ni, cursor pun dah tak leh jalan lagi. Banyak kali try on off pc, macam tu jugak sampailah hubby kata, "dah selamat ni." Saya pandang aje muka dia, dengan muka blur. Rasa nak meraung pun ada. Tersengih-sengih dia tengok saya. "Abang janji, dalam minggu ni jugak, boleh dapat balik file tu, dont worrylah. Esok kita pegi low yat ye." Lega sikit hati saya mendengarnya.

Pagi esoknya dalam sibuk bersiap nak ke BB, saya teringat abang ipar saya. Dia kan pakar IT, takkanlah tak boleh buat. Kelam kabut member tu dapat arahan dari saya, dahlah kakak saya tengah period pain, dia pulak sibuk kat dapur, ada tetamu nak datang, dan saya pulak dengan brutalnya tidak boleh tidak, paksa dia cek laptop saya dengan kadar segera...hehehe Yang bestnya, masa saya sampai kat rumah dia, dia dah siap  tunggu kat meja, dengan apron masih melekat kat badan.

Alhamdulillah, menjelang petang, file2 kesayangan saya dapat diselamatkan. Dan sekarang, saya bolehlah berjoget berdansa balik. Dan pagi2 tadi Lynn dah called mintak report dan dengan bangganya saya cakap "dapat 1 page semalam." Huahahaha kurang2nya ada daripada tak ada langsung kan?

oi selsema burung, ko gi serang spesis ko dahlah...ko serang komputer aku apasal? komputer aku tu, bau-bau bacang pun tak de dengan keturunan burung tau!

Amaran keras oleh kerajaan Malaysia:

Selsema burung tak mengenal mangsa, tak kiralah manusia ke spesis burung ke, komputer ke, semuanya dia serang. Kejam sungguh, jadi berhati-hatilah....

 


lily suriani @ 08:45 am
Make a comment  

Previous Page Next Page