@@ t.e.r.a.t.a.k. l.i.l.y. s.u.r.i.a.n.i. @@ www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws




@ s.e.l.a.m.a.t. d.a.t.a.n.g. k.e. t.e.r.a.t.a.k. l.i.l.y. s.u.r.i.a.n.i. @


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

   

# H.E.L.L.O...... #

Name :
Web URL :
Message :



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Jan 22, 2008
Pindah Rumah Lagi

Saya berpindah ke rumah baru. Silalah berkunjung ke sana ye. http://lilysuriani76.blogspot.com

lily suriani @ 09:20 am
Make a comment  

Jan 16, 2008
Hak Cinta Terpelihara

Hari Isnin, Lynn Dayana telefon saya, menjerit kesukaan. Baby aku dah keluar! Saya turut sama teruja! Rasa nak menangis pun ada. Macam mana gembiranya saya masa Pelabuhan Kasih dan Atas Nama Cinta berada di pasaran, begitulah gembiranya saya masa dapat berita tu daripada Lynn. Kalaulah saya ada kemudahan, mesti saya terus ke Shah Alam. Hahaha macam novel saya pulak yang keluar, over betul!

Tahniah Lynn!! Semoga terus sukses!

Kepada peminat novel seluruh dunia, dapatkan Hak Cinta Terpelihara yang masih panas dari kilang ni, nanti lambat2 menyosal!

Antara mereka pengikatnya adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kepada Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindungan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - Cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.
Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bahagi.
Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.
Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa.

Namun, jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah…Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

Selamat membaca semua!

 


lily suriani @ 07:51 am
Comment (1)  

Jan 11, 2008
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Selamat tahun baru! Semoga yang baik2 aje mengiringi kita semua untuk tahun ini dan tahun2 seterusnya!

Azam saya; Saya nak lupakan semua benda2 tak best yang berlaku dalam hidup saya. Masih banyak lagi benda yang lebih penting, menarik dan bermanfaat yang perlu difikirkan. Saya betul2 nak mulakan hidup baru dengan lebih bersemangat dan positf!

Sms dari seorang kawan yang sering melayan disaat saya kebosanan dan biul tahap gaban; Doakan aku jumpa somebody ye!

Balas saya; Doa sokmo doh. Bukan takat jumpa aje tapi yang berkualiti juga ye!

Hehehe SMS dia tu buat saya senyum sorang2.

 


lily suriani @ 01:10 pm
Make a comment  

Jodoh Yang Tak Kesampaian

Minggu lepas saya terbaca di akbar, seorang suami dan bakal isterinya serta beberapa ahli keluarga dari belah bakal isteri menemui ajal dalam satu kemalangan jalanraya ketika di dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka. Malangnya perkahwinan mereka itu diadakan secara sorok-sorok tanpa pengetahuan isteri tua.

Si lelaki sudah mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak. Bakal isteri barunya seorang janda anak satu. HAti saya tersayat ketika membaca berita ini. Saya memegang status seorang isteri kepada lelaki lain sudah naik angin, marah tahap gaban inikan pula isterinya yang sah. Bagaimana perasaan dia ye? Marah? Sedih? Geram?

Airmatanya mengalir hari itu mungkin kerana kematian suami tercinta tetapi mungkin kerana hatinya terluka. Bagaimana dia harus menempuh hari-hari mendatang dengan pelbagai persoalan yang tidak mungkin akan ada jawapannya.

Kenapa ye? Lelaki sanggup buat begitu. Kenapa ye ada lelaki tergamak mencari lain sedangkan selama ini hidup susah dengan isteri pertama, bila senang, mulalah terasa ingin memberi kesenangan itu kepada orang lain. Si isteri telah berkali-kali hampir putus nyawa melahirkan zuriat dia, waris dia, malah itulah hartanya yang kekal yang bakal memberi dia kesenangan di akhirat kelak, insyaallah tetapi sayangnya pengorbanan itu hanya sia-sia.

Saya pernah berjumpa seseorang yang juga hidup bermadu. Dia dimadukan suaminya, juga kahwin secara rahsia. Malah lebih tragis dia mengenali madunya, sangat rapat. Asalnya, mereka bersimpati dan membantu si madu yang kononnya selalu didera suami, dan kesudahannya, dia pula didera secara emosi tanpa sedar.

kata dia, "akak kesiankan dia, akak tolong dia, nak beras, ambik aje kat rumah akak, ambik aje apa yang dia nak, akak tak kisah."

kata saya,"Bukan takat barang aje dia ambik ye kak? dengan suami akak sekali dia angkut." (Hush! Mulut saya tak de insuran sungguh!)

Apa yang dah jadi tu, jadilah, redha. Tapi sayangnya, si suami hanya tertumpu kepada isteri mudanya sahaja. Sudah jarang-jarang balik kerumah isteri tua.

Apa niat sebenar si suami ketika dia berkahwin baru? Ingin membantu? Cinta? Simpati?

Kalau benar ingin membantu kenapa sampai lupakan isteri tua? Kalu benar simpati kenapa sampai lupa diri?

Dan apa pula perasaan isteri muda itu sendiri? Dapat gading bertuah hingga lupa kenangan pahit selama ni? Mungkin juga dia fikir, dia sudah cukup menderita, skrg masa dia berbahagia jadi dia biarkan orang lain sengsara pula?

Wallahhualam...


lily suriani @ 12:13 pm
Make a comment  

Jan 9, 2008
Pelayaran ke Langkawi

Seawal 7.30 pagi kami bergerak meninggalkan rumah. Anak2 excited sungguh. Alya pun tak meragam, senyum sengih aje dia masa saya mandikan dia pagi tu. Sepatutnya kami berhenti di hentian Sg Buluh untuk bergabung dengan kawan ofis hubby dan beberapa keluarga lain tetapi kami telah terlajak maka, tempat pertemuan di ubah ke Hentian Rawang. Mak ai...ramainya orang....

Kedebak, kedebuk, lepas selesai makan semuanya, perjalanan kami pun bermula. Kami menuju ke Pejabat Koperasi tentera di Lumut dimana tempat berkumpul semua peserta sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

Singgah sekejap di hentian R&R Tapah untuk membersihkan Alya yang sudah selamat melabur. Ingatkan bolehlah tahan hingga ke Lumut tapi dia asyik menjerit aje. Tak tahan dibuatnya. Baru aje kereta bergerak meninggalkan R&R Tapah, lagi sekali dia mengamuk. Puas dipujuk tak nak jugak diam, sudahnya saya bancuhkan nestum,suap kemudian tanpa banyak hal dia terus aje tidur.

Kami sampai di pejabat  KT lebih kurang pukul 1 lebih. Kami dijamu dengan bihun goreng, karipap dan agar2. Kami duduk melepak di sini sehinggalah pukul 4.30. Bas TLDM tiba untuk membawa kami ke dermaga. Saya sentiasa menjadi perhatian disini, oh...bukan sebab saya ni Lily Suriani tetapi hanya saya satu2nya peserta yang membawa baby. Glamour sungguh!

Sekali lagi saya menjadi perhatian ketika menaiki bas. Bas yang penuh menyebabkab saya terpaksa berdiri, ramai yang mempelawa seat mereka tapi saya tetap bertegas tak nak duduk sebabnya Alya sedang enak-enak tidur di dalam baby carrier yang tergantung di badan saya, nanti kalau saya duduk, terjaga pula. Menangis pula nanti. Saya tak nak ambik risiko!

Turun bas, panasnya ya Rabbi. Jauh pulak tu nak kena berjalan menuju ke kapal. Masuk2 aje kapal ada ruang lobi, boleh tahan juga. Ada juga sofa warna biru disitu. Kami diasingkan bilik lelaki dan perempuan. Saya,Fatnin dan Alya ditempatkan di bilik 305 bersama dua peserta wanita lain. Suami saya, Aqil dan Aqlan di bilik 210 (lupalah).

Bilik saya kecil aje, ada 4 dua katil double decker, 4 almari dan 1 sink. Lepas letak barang, kami di minta naik ke aras 4,  dewan makan, utuk sesi taklimat keselamatan, ala-ala macam kita naik kapal terbang tu. Saya dan anak-anak perempuan tak dengar pun, kami duduk lepak kat luar sambil berbual dengan anak kapal.

Pukul 7 lebih pelayaran pun bermula. Kami duduk di kepala kapal menikmati suasana sekeliling dengan hembusan angin yang kuat. Tiba-tiba suasana bertukar menjadi agak bising, dari arah depan ada sebuah kapal kecil datang dari arah melintang. Sebenarnya tak ada apa-apa pun, cuma tak biasa, jadi takut berlanggar.

Lepas makan malam (sayur kangkung, nasi putih, sotong kicap, ikan masin, ikan goreng) saya berpisah dengan hubby n anak2 lelaki saya. Fatnin dah bergenang2 matanya. Susah betul kalau dah jadi anak ayah ni, tak boleh berenggang. Lepas mandikan Alya n Fatnin, sekali lagi saya glamour. Alya menangis sesungguh hati, terjerit2. Satu kapal tu dengar rasanya. Ada aje yang bertanya, kenapa tu? Mabuk laut? Ada juga yang membuat andaian minsteri nusantara ni. Saya dah mula tention, Alya mengamuk, Fatnin pula merengek nak pergi jumpa ayah. Saya SMS hubby dan kami berjumpa di dewan makan.

Lama juga Alya menangis. Nasib baik saya dapat roommate yang baik. Kak Ngazimah n anaknya, Marina a.k.a. Mina sibuk cuba memujuk. Sudahnya dia tertidur juga. Saya tinggal kejap untuk mandi. Mak ai...keciknya tempat mandi.muat2 badan aje. toilet pun macam tu jugak. Balik dari mandi. tengok2 Alya muntah atas katil saya, uwa! Dia mengamuk lagi, entah pukul brp dia tidur saya tak pasti. Jadi saya tak dapat menikmati suasana pelayaran di waktu malam. Hubby n anak2 enjoy betul. Tapi malam tu sangat cantik. Bulan mengambang penuh dan cahayanya terbias ke laut. Macam cover Bila Bulan Berbisik. Sunguh2 cantik. Kalaulah saya dapat duduk berdua dengan hubby menikmatinya, alangkah bestnya.

Esoknya pagi2, kami berkumpul di lobby menunggu feri untuk membawa kami ke Jeti. Saya tak shopping apa2 pun. Kami jalan2 aje ikut kehendak anak2. Kami ke Wild Life Park. Lepas tu jumpa warung tepi jalan, singgah jap. Tup2 tengok2 dia jual nasi dagang Trg! sukanya saya! Mokcik Minoh, asalnya dari Marang berpindah mengikut suami menetap di Langkawi.

Hajat hati nak ke Gua Kelawar, tapi memikirkan Alya yang masih kecik,kami batalkan aje. Kemudian kami ke Air Terjun Durian Perangin. Hanya suami dan anak2 aje yang bermandi manda, saya cuma tengok dari atas aje. Alya menggigil-gigil kesejukan. Kemudian kami ke Pantai Pasir Hitam. Minum air kelapa kemudian ke Langkawi Fair Shopping Mall. Barang2 disini murah beberapa puluh ringgit dari di KL tapi saya tak beli apa pun cuma ubat demam untuk Aqil dan minyak yuyi untuk Alya.

Tak banyak tempat yang kami pergi sebabnya 5.30 dah kena berkumpul di Jeti. Kami makan di Kenny Rogers. Masa nak naik kapal, saya dan hubby berbalas pandang, majoritinya berbelanja sakan. Berkotak2 dan besar2 pulak tu. Entah apalah yang mereka beli.

Sampai di kapal,awal2 lagi suami dah pesan, duduk dalam bilik aje, jangan keluar2. Dia bimbang Alya mengamuk lagi. Anak2 yang sibuk tolong ambilkan makanan untuk saya. Malam tu memang saya berkurung di dalam bilik. Anak2 join saya. Hubby selamat tidur dibiliknya. Lelaki dewasa tidak dibenarkan sama sekali berada dikawasan wanita. Malam tu ada pertandingan karaoke, saya tak tahu siapa yang menang. Alya tak mengamuk tapi tidurnya tak berapa lena, penat kot. HP saya habis bateri n hanya boleh dicaj di dewan makan sahaja. Nak caj pula kena berebut, macam duduk hostel pula rasanya. Sudahnya bateri saya habis terus dan semua dokumen saya hilang huhuhu. Contact number kawan2 semuanya lesap. Yang saya sayang, gambar anak2 byk kat dalam tu.Terutama gambar Alya since dia lahir, sayang sungguh. Jadi kepada sesiapa yang ada no saya, kalau sudi hantarlah sms siap dengan nama, boleh saya simpan balik.

Sampai di Dermaga, ada sesi lawatan ke kapal perang. Kemudian naik bas TLDM ke pajabat koperasi, ambik kereta, terus bergerak ke KL. Overallnya, satu pengalaman baru. Anak2 cukup enjoy! Tak tau nak cakap best ke tidak sebab saya tak dapat menikmati dengan sepenuhnya. Saya nak duduk bawah cahaya bulan tu! 


lily suriani @ 09:17 am
Comment (1)  

Jan 4, 2008
Amannya Hidup Tanpa Dia...

Sudah hampir sebulan saya tak ada pembantu rumah. Apa yang saya rasa? Bahagia..aman tapi penat! Hehehe

Sejak tak ada maid ni walaupun rumah saya tak berapa kemas tapi jiwa kami sekeluarga lebih tenang, macam mana nak cakap ye? Saya tak reti nak jelaskan dan huraikan tapi kami memang seronok tanpa maid.

Suami saya kata, "anak-anak dah besar, tak payahlah ambik maid lagi."

Kata Aqlan pula."Adik seronoklah macam ni. Tak payahlah ambik bibik baru bu."

Kata saya," Ibu penat, pergi kerja lepas tu balik nak kemas rumah, basuh baju, macam-macam."

Aqil kata, "Kita buat sama-samalah bu."

Saya terkedu dengan respon anak-anak. Bila maid dah tak ada, macam-macam cerita timbul tapi orang lain tak faham sebabnya hanya kami yang duduk serumah aje yang tahu, dengan orang luar baiknya dia....bila bercakap lembut gigi dari lidah. Entahlah...bila saya cerita kat orang, mereka akan tanya, kalau dah macam tu, kenapa tak tukar aje? Jawapannya senang, kalau ambik maid ni macam beli jagung rebus kat pasar malam, dah lama saya tukar dia tapi masalahnya ianya melibatkan duit beribu ringgit dan kami bukannya tergolong dalam golongan orang yang banyak duit, jadi apa yang boleh kami telan, kami telan ajelah.

Sampai ke hari ini, anak-anak saya marahkan saya bila tiap kali bercerita pasal bibik. Mereka kata, ibu lebih percayakan bibik dari anak sendiri. Sebabnya sy jarang terima cerita mereka bulat-bulat, walaupun hati saya mengiyakannya tapi sya tak tunjukkan pada mereka, sudahnya anak-anak makan hati dengan ibu sendiri.

Saya akui, saya silap. Niat saya baik, tapi cara saya salah. Yelah, niat tidak menghalalkan cara. Saya tahan gaji dia, saya pegang. TApi masa dia nak balik, saya bagi semuanya. Tak pernah terniat di hati sya nak makan duit gaji dia, Terkedu dia bila dia tengok jumlah yang dia bawak balik. Saya katakan pada dia, "Ni duit bibik. Banyak kan? Sebab tu ibu tak bagi bibik duit, sebab ibu nak bibik tengok dan rasa sendiri duit titik peluh bibik. Ini hasilnya bibik tinggal anak-anak. Pandai2lah bibik uruskan. Ibu tak nak bibik datang Msia lagi, tinggalkan anak-anak, duit ni bibik buat jualan ke...apa2 ke."

Dia mengangguk laju dan dengan penuh kesopanan dan kesantunannya dia mengucapkan terima kasihnya pada saya. Tapi sayangnya tindakan saya itu salah. Saya rasa dia belum pun sampai di Bali, bermcam-macam cerita yang saya dengar, hinggakan airmata saya menitis. Saya kecewa.

Ya, saya salah, tapi saya bukannya zalim atau kejam seperti yang digembar gemburkan dan yang saya sedih bila orang lebih mempercayai dia. Percaya masa dengar cerita dia, saya faham tapi masih lagi percayakan dia bila saya menjelaskan perkara yang sebenarnya, itu yang buat saya sedih.

Ya, saya agak lewat hantar dia balik sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan, tapi bukannya saya nak tahan dia terus menerus.Saya, kalau boleh nak hantar dia secepat mungkin.

Yang dah lepas, lepaslah. Buat pengajaran. Yang nyata, walaupun hidup saya kelam kabut tetapi kami seronok. Saya rasa hubungan saya dengan anak-anak lebih rapat, hahaha anak dah 7,8 thn, baru saya ajar lipat selimut, basuh pinggan dan sapu sampah. Kami kemas rumah sama-sama walaupun kemasnya hanya bertahan tak sampai sejam hehehe. Yang jelas, yang saya nampak, mereka lebih bertanggungjawab sekarang.

Hari ni, kawan yang sya minta carikan maid tu bagitahu, insyaallah, dokumen maid, saya dapat dalam minggu ni. Saya confius, nak ambik ke tak nak. Bila teringatkan FAtnin menangis pagi tadi tak nak ke sekolah baru, saya rasa tak sabar-sabar nak ada maid tapi bila teringat apa yang berlaku, saya serik!


lily suriani @ 02:17 pm
Comments (2)  

Dec 31, 2007
Tahun Silih Berganti

Selamat tinggal 2007 yang banyak meninggalkan kenangan. Ada pahit, ada manis, ada kelat, macam2 rasa ada.

setelah menyepi sekian lama, Atas Nama Cinta berada di pasaran, novel yang banyak meninggalkan kenangan. Saya menyudahkan ANC dengan penuh kepayahan.

2007 juga mengenalkan saya dengan budak2 dong2 hehehe. Lily Haslina, Lynn Dayana, Rose Harissa dan Laila Kamalia juga tak lupa untuk Dhiya Zafira. Kawan-kawan yang lain dari yang lain.

2007 juga menambah seri hidup saya. Faqihah Alya, penyeri baru dalam keluarga kami.

Yang pasti saya mengharapkan lebih sinar untuk saya dan anak2 tahun 2008 dan tahun2 yang akan datang dan saya tidak akan putus2 berdoa untuk itu.

selamat tahun baru untuk semua!

 


lily suriani @ 03:47 pm
Comments (4)  

Dec 21, 2007
Atas Nama Cinta

Dengarkan nyanyian duet Lily Suriani dan Rossa. Semoga terhibur! Ahaks!

 

 

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

bak to Reff


lily suriani @ 04:37 pm
Make a comment  

Dec 19, 2007
Selamat Hari Raya Aidiladha

Wah..lamanya saya tinggalkan rumah ni bersawang. Emm saya sangat2 sibuk. Sibuk di rumah, sibuk juga di ofis. Lagipun kadang-kadang bila saya nak masuk 'rumah' sendiri pun x dapat. Geram betul!

Esok hari raya. Saya cuma beraya di Kajang, di rumah mertua. Tahun ni tak balik kampung. Lagipun raya puasa hari tu saya dah beraya di kampung.

Masa saya kecik2, raya haji ni dikira meriah juga sebabnya saudara mara yang tinggal di KL biasanya akan balik. Sebab ahli keluarga ramai biasanya seekor lembu tu kami share sesama kami aje, kemudian buat kenduri. Kalau raya haji diterengganu, biasanya kami tak payah masak sebab jemputan untuk makan-makan ni penuh.Kadang2 tak semua dapat pergi, bila ada jemputan tu bertembung.

Kalau tak buat kenduri, daging tu akan diagih-agihkan kat orang kampung. Abang Rie atau ayah akan naik motor hantar dari rumah ke rumah, saya atau abang(ayah Teh) akan bertenggek jadi pembonceng motor merangkap tukang hulur daging tu nanti.

Hari Ahad saya dan keluarga akan belayar ke Langkawi. Sebenarnya mengikut suami bekerja. Kami akan menaiki kapal tentera laut dari Lumut dan belayar ke Langkawi. Ini satu pengalaman baru. Nak naik star cruise tak mampu naik kapal TUDM pun jadilah.

Jangan salah sangka, suami saya bukannya anggota TUDM walaupun ada pangkat Lt.Muda di depan namanya. Pangkat tu dia dapat masa masuk ROTU untuk KO-K masa menuntut di ITM. Macam mana nak cerita ye? Sekarang dia bekerja dgn syarikat insurans dan koperasi tentera adalah salah satu client dia. So, naik kapal ni sebagai memenuhi jemputan atau beramah mesra atau boleh juga dipanggil bengkel koop tentera untuk staff dan mereka yang berkenaan. Maka saya dgn anak-anak tumpang sekaki dgn misi utama bercuti tetapi untuk suami saya bekerja sambil bercuti. Sebenarnya takut juga dengan musim hujan dan cuaca buruk sekarang ni, doakan kami selamat ye.

Selamat hari raya Adiladha untuk semua.

**saya menulis tanpa jiwa ni. Asal ntah. jadi kalau rasa macam pelik je cara saya bercerita ni, ya ampun ye!

 


lily suriani @ 09:10 am
Make a comment  

Nov 26, 2007
Teringinnya nak kesini.....

Saya ingin ke sini. Ada sesapa yang bermurah hati nak sponsor saya? Hehehe tak mahal...UD1800 jer....


lily suriani @ 08:45 am
Comments (4)  

Next Page